Belina Shop

Wujudnya Cadangan Unity Government kerana PKR Adalah Bencana Kepada PAS


Dulu katanya orang-orang dari UMNO yang suka memecah-belahkan parti, ini sekarang apa cerita? Pernah dengar ungkapan "WHAT GOES AROUND COMES AROUND"?

Sebenarnya, PAS melalui Presidennya Hj Hadi sedang mempersiapkan partinya dalam menghadapi satu bencana besar. Jadi dia perlu ada satu backup plan.

Bencana besar? Apa? Kejatuhan PKR dan Anwar selepas Julai ini.

Ya, pada hemat saya, Haji Hadi dah sedar dan yakin bahawa PAS akan tumbang jika masih menyokong Anwar. Ini kerana, dengan segala bukti-bukti yang akan didedahkan di Mahkamah nanti, tiada jalan lain untuk PAS selain mereka mengambil pendirian berkecuali atau langsung tak sokong.

Ini kerana dengan menyokong Anwar, ia seolah-olah seperti MEMBUNUH DIRI. Itu sahaja, ringkas dan straight to the point. - Parpukari

0 comments:

Post a Comment