Belina Shop

Kembali Ke Pangkuan

KEKALAHAN HUSAM Pro-Anwar dalam PAS, yang menentang Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, telah menghapuskan hampir separuh kaki-kaki dan tangan-tangan Anwar dalam PAS. Suara Husam semakin senja dan tidak bernilai lagi di dalam PAS .

Begitu kuat sokongan Tok Guru kepada Husam, tumbang juga ditangan Nasharudin yang terlibat dalam projek Kerajaan Perpaduan dengan UMNO bermula tahun lalu .

2. Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan pertubuhan wanita terkenal Sisters In Islam (SIS) . Sebagaimana yang diketahui SIS memperjuangkan Islam Liberal, sama dengan ceramah-ceramah Anwar di Amerika, Turki, Singapura yang mempopularkan Islam Liberal dan demokrasi ala-Amerika.

3. Kekalahan Husam harapan Anwar, Kemerosotan Majoriti PKR di Penanti, Kekalahan Nik Abduh anak Tok Guru , sokongan pengundi Melayu hampir mencecah 65% kepada UMNO di PRK Bukit Gantang, merupakan tanda-tanda rakyat sudah sedar.

4. UMNO seharusnya bijak melihat trend politik ini, UMNO sepatutnya bijak membaca bahasa politik ini, UMNO perlu segera mendekati dan mendatangi rakyat yang sudah kembali ke pangkuan.

5. Ada peluang besar di Manik Urai. Dengan masalah yang semakin besar di pihak Pakatan, UMNO/BN sepatutnya mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Apa salahnya pemimpin-pemimpin UMNO seperti Tengku Razaliegh, Tan Sri Anuar Musa, Tok Pa, Awang Adek dan lain-lain sama-sama berganding bahu turun di Manik Urai, ketepikan egoistik dan keakuan atau dendam jika ada.

Buang jauh-jauh kerana ingatlah UMNO/BN banyak membantu anda naik ke takhta tinggi dan menikmati kesenangan hari ini.

Inilah masa terbaik membalas jasa, membantu UMNO/BN menang di Manik Urai.

Bagi penulis, hanya UMNO Kelantan jika bersatu, pemimpin mereka bersatu dan turun padang, sama-sama turun, sama-sama berhujan berpanas, mana mungkin Manik Urai bisa tewas. Yang lalu pun PAS hanya majoriti 1,000 undi, lagipun UMNO pernah menang di situ.

UMNO/BN negeri-negeri boleh datang dan membantu, tetapi jika orang-orang UMNO Kelantan sendiri yang bergandingan , sudah pasti lebih berkesan...bukan begitu...

Apatah lagi khabarnya YB Pasir Mas akan kembali ke pangkuan UMNO... Jentayu Baka

0 comments:

Post a Comment