Belina Shop

Permatang Pasir: PAS Rimas, Kalut & Takut

Cerita lucu dari pimpinan PAS, semenjak dua menjak,siapa yang sebenarnya yang naik rimas dan kalut? barangkali PAS tidak sekalut mana,hal Islam di uruskan oleh DAP,hal hudud dan tak ada didalam agenda,hal take beer kekasih sumbang mahramnya yang tolong uruskan,cuma yang ada isu isu semak perut yang PAS berkenan buat kecoh satu malaya.

PAS sebenarnya dah tak kemana,orang dah tak mau perjuangan politik lacur murahan tanpa pendirian,PAS tidak ada suara di Pulau Pinang tidak ada suara di Selangor,aduh di Perak hanya tinggal bekas lembu tunggangan DAP,itu pun sudah menjadi mantan ibarat santan basi.Harapkan Kedah dah jadi janda politik tapi rujuk kembali dengan DAP,nak harapkan Kelantan pi mai pi mai tang tu jugak.

PAS,orang dah menyampah politik murahan parti konon perjuangan suci ini. Sifat tabii lacuran jalang politk PAS makin lama makin terserlah.

Kasih Anwar terhadap mangsa Liwatnya


PUTRAJAYA: Sudah sampai ke penghujung jalan bagi bekas penulis ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Munawar Ahmad Anees, yang terpaksa berjuang selama 11 tahun untuk membersihkan namanya atas tuduhan diliwat.

Mahkamah Rayuan, dengan panel Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, Datuk Hasan Lah dan Datuk Sulaiman Daud hari ini secara sebulat suara menolak permohonannya atas alasan isu yang dibangkitkan itu sudah dipertimbangkan secara penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan.

Munawar telah memohon supaya merit rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara enam bulan atas kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada 9 Sept 2003, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Munawar tanpa mendengar merit kes atas alasan perayu gagal hadir dalam sebarang prosiding rayuan walaupun kegagalannya diperjelaskan oleh peguamnya kepada mahkamah.

Cubaannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 30 Okt 2007.

Beliau kemudian membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan untuk semakan tetapi gagal selepas mahkamah itu memutuskan ia tidak mempunyai kuasa semula jadi untuk mendengar perkara itu kerana kes itu berasal dari mahkamah bawahan dan rayuan akhir adalah di Mahkamah Rayuan.

Munawar kemudian memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, mahkamah sama telah menolak rayuan Munawar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak dua permohonannya selepas dia menariknya dengan hak untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan sesuai dan wajar.

Dua permohonan tersebut adalah untuk mendapat perintah bahawa Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara menyediakan jadual terperinci pergerakannya semasa tempoh tahanan dan sebuah salinan jadual semua pelawatnya sejak dipenjarakan pada 1998.

Berikutan keputusan itu, sabitan terhadap Munawar, 61, yang menjalani hukuman penjara enam bulan pada 1998 selepas mengaku salah membenarkan Anwar meliwatnya di rumah Anwar di Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, di sini, pada bulan Mac 1993, dikekalkan.

Munawar telah menjalani hukuman tetapi terus mencabar keputusan mahkamah bagi membersihkan namanya dengan mendakwa beliau dipujuk mengaku salah atas tuduhan itu.

Pada perbicaraan hari ini, peguamnya, Manjeet Singh Dhillon, menggesa mahkamah memberi satu lagi peluang kepada anak guamnya untuk memperjuangkan kesnya kerana ia adalah hak asas bagi dirinya untuk suaranya didengar dalam mana-mana proses keadilan.

Timbalan Pendakwa Raya Awang Amardajaya Awang Mahmud berkata Munawar hanya mahu menghidupkan semula sebuah isu yang sudah pun dibincangkan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Khalid Kawal Sendiri Penjualan Arak Di Selangor

Dia (Khalid) sengaja buat keputusan ini dan dia pasti lama kelamaan rakyat akan mula rasa jemu dengan isu beer ni kemudian terus diam dan dia selamat.

Tapi jika pihak kerajaan buat suatu keputusan mengenai perkara yang membabitkan rakyat, mereka apa lagi, inilah peluang mereka utk mengkondemkan kerajaan pusat. ajak ramai2 membuat bantahan sehingga mencetuskan kekecohan yang tidak patutnya berlaku. budaya seperti inilah yang dimahukan oleh Anwar.

Kini khalid pula membuat keputusan yang tidak patut. Kenapa tidak kita sebagai rakyat tidak kira sokong mana2 pihak turun pandang dan buat bantah secara aman di selangor? dan gesa supaya khalid pertimbangkan semula keputusannya?

Apakah rakyat selangor perlu diRASUAH terlebih dahulu baru nak berhimpun seperti PAKATAN RAKYAT merasuah orang ramai dengan RM100 utk berhimpun anti ISA pada hari yang lalu? last2 dapat Rm25 rnggit..

Rakyat yang menyokong kerajaan terlalu baik utk tidak mengadakan perhimpunan sebegitu. Ini kerana kita boleh mengatasi apa jua masalah dengan cara yang professional bukannya seperti beruk2, lembu2 pakatan rakyat yang ditarik hidung dan lehernya.

Ronnie ketua samseng Selangor?

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ketua Samseng Selangor, Ronnie Liu yang memberi fatwa bahawa "beer" bukanlah minuman beralkohol dan diharamkan terhadap orang-orang Islam.

Cumanya saya merasa amat sangsi dan was was memikirkan bagaimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid hendak mengatasi masalah di antara dua ahli gabungan parti yang tidak pernah sebulu ini. Sudah pastinya beliau tidak akan tunduk kepada kehendak parti Pas yang hanya mempunyai 8 kerusi DUN berbanding parti komunis DAP yang mempunyai 13 kerusi DUN di Selangor.

Adakah Menteri Besar Selangor ini bakal melacurkan Agamanya sendiri dan tunduk kepada kehendak parti komunis DAP, semata-mata untuk terus berkuasa? Bukan merupakan satu perkara yang ajaib sekiranya beliau mengadaikan Agamanya sendiri kerana beliau pernah mengekalkan Ratu Seks Bebas untuk menjaga hati parti komponennya itu.

ISA: Anwar Memalukan parti Islam PAS.



Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.

"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.

"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Wajah Hero Temberang ISA


Inilah wajah hero-hero dimana kita yang harus perjuangkan mereka, apakah pula perjuangan mereka untuk kita?

Bangsa Melayu dahagakan perjuangan. Bangsa Melayu bangsa yang berani berjuang. Bangsa Melayu pantang dicabar. Tetapi (secara keseluruhannya) bangsa Melayu ternyata masih bodoh dalam berpolitik. Ketika bangsa lain bersatu dan berkerjasama melonjakkan bangsa mereka untuk berpengaruh dan menguasai politik tanahair, bangsa kita menyelenyapkan pengaruh kita sesama sendiri sehingga kuasa kita semakin kecil dan terhakis. Bangsa Melayu tidak sedar bahawa di saat bangsa lain bersatu melemahkan bangsa kita, kita berperang dan melemahkan sesama sendiri.