Belina Shop

Apa Lagi Yang Pembangkang Mahu?!

Mendekati Rakyat: Dr Zambry bermotosikal melawat kampung-kampung setinggan di sekitar Kg Pasir Puteh Ipoh, untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat. Langkah seperti ini membimbangkan Pakatan Pembangkang.

APA akan jadi bila ahli-ahli politik mula menganggu majlis untuk rakyat?

Apa akan jadi apabila parti-parti politik menghantar samseng untuk menghuru-harakan majlis serta program yang diadakan bagi kepentingan rakyat?

Inilah yang berlaku pada Majlis Makan Malam bersama Rakyat yang diadakan di sebuah tokong di Jelapang malam semalam.

Sekumpulan penyokong pembangkang, yang terdiri dari 10 orang cuba memalukan Dr Zambry Abd Kadir dengan menyorak beliau sebaik sahaja beliau tiba ke majli berkenaan. Apabila sorakan mereka tidak menjadi, mereka cuba mengajak tetamu-tetamu, yang berjumlah lebih 1,000 orang, meninggalkan majlis berkenaan.

Apabila cubaan mensabotaj ini pun gagal, mereka sahaja yang meninggalkan majlis.

Perbuatan puak-puak ini bukan dilakukan untuk kebaikan rakyat, tetapi hanya untuk kepentingan politik golongan tertentu. Ia sebenarnya membelakangkan kepentingan rakyat, tetapi hanya usaha untuk mencari publisiti murahan.

Pada majlis berkenaan Dr Zambry bersetuju membina dewan bagi kegunaan tokong berkenaan. Bayangkan jika usaha sabotaj ini berjaya, pasti majlis terpaksa ditamatkan awal dan masyarakat di sekitar kawasan ini tidak akan mendapat dewan yang diperlukan.

Jadi mana slogan pakatan pembangkang yang mereka mementingkan rakyat?

Dalam masa Dr Zambry menjadi Menteri Besar, pelaburan sejumlah RM800 juta telah dapat ditarik ke negeri ini, dan RM600 juta lagi sedang dinilai. Keseluruhannya dalam masa 120 hari ini, Perak berjaya menarik pelaburan berjumlah RM1.4 ribu juta.

Begitu juga program bersama rakyat, anjuran Dr Zambry dan Kerajaan Barisan Nasional, mampu menyelesaikan masalah rakyat secara “hands-on” dan tanpa bertangguh-tangguh.

Walaupun diganggu oleh percaturan politik serta gangguan pembangkang, Dr Zambry dan Kerajaan Barisan Nasional terus mentadbirkan negeri demi kepentingan rakyat. Yang terusik adalah pakatan pembangkang yang merasakan rakyat makin kenal “sifat semulajadi” mereka.

Pembangkang boleh meneruskan mogok lapar, mengambil tindakan mahkamah, meneruskan agenda fitnah mereka serta menghasut rakyat, tetapi tindakan berbunyi lebih kuat daripada kata-kata, (Action speaks louder than words)

Ini adalah antara cabaran-cabaran bagi menegakkan kebenaran. Ahli falsafah Jerman Arthur Schopenhauer menyatakan, semua kebenaran akan melalui tiga peringkat. Awalnya ia akan ditertawakan. Kedua ditentang seganas-ganasnya. Ketiga ianya diterima sebagai buktinya sendiri. (All truth passes through three stages. First, it is ridiculed. Second, it is violently opposed. Third, it is accepted as being self-evident.)

Dr Zambry dan Kerajaan Barisan Nasional Perak sedang masuk ke peringkat ketiga. Ia pernah ditertawakan sehingga Dr Zambry digelar Menteri Besar Haram dan Menteri Besar Mahkamah. Kedua ia ditentang dengan ganasnya oleh pakatan termasuk demonstrasi di Istana, kebiadapan di DUN serta mogok-mogok lapar. - Parpu

Kini rakyat mula melihat kebenarannya. Bagaimanapun peringkat ketiga menerima kebenaran ini mengambil masa yang panjang dan kerajaan negeri sedang melakukannya dengan cara yang betul.

Inilah yang membimbangkan pembangkang. Apa-apa pun tentangan dan gangguan pembangkang akan berterusan dan hanya rakyat yang akan menjadi hakimnya pada PRU 13 nanti.

2 comments:

Anonymous said...

Mahu DUN dibubarkan & lihat siapa yg benar2 layak jadi menteri besar berdasarkan pilihan rakyat.

Itu yg kami mahu. Ada berani??

Sharps Shooters said...

brani? hang p habaq kat najib. klau dia stuju, kita bubar la. kAhKahkAHHkahH!

Post a Comment