Belina Shop

Manek Urai: Kami xmelebih-melebih tetapi pejuang kamu yang melebih-lebih.

Jantan lawan jantan? Jantan tu untuk haiwan, tak tahu plak orang itu haiwan. Tak tahu la kan? Hahaha! Jangan cakap jer lebih, bila diminta bukti, entah-entah pun sama takde bukti. Warning jangan kasi provokasi lebih padahal blogger dorang lagi melebih-melebih. Belum menang dah kata menang, macamlah dorang bomoh Fuckatan. Boleh jalanlah~


Zulkifli Yaakob, seorang pemimpin PAS kawasan Manek Urai dipetik Malaysiakini sebagai berkata bahawa beliau mengajak BN dan Umno “berkempen secara anak jantan” dan tidak mengadakan provokasi sepanjang kempen pilihanraya kecil Manek Urai.


“PAS juga akan berkempen dengan baik di kerusi DUN itu kerana ia menjadi amalan biasa parti Islam itu dalam setiap pilihanraya,” kata Zulkifli.

“Jantan lawan jantan supaya pilihanraya kecil ini bersih dari sebarang provokasi dan kejadian yang tidak diingini. Sudah kerap berlaku, Umno yang membuat provokasi tetapi menuduh ahli dan penyokong PAS yang melakukannya,” kata seorang ahli jawatankuasa PAS Kuala Krai.

Zulkifli, yang juga bekas ketua Pemuda PAS Kelantan, berkata oleh kerana orang dari seluruh negara tertumpu ke Manek Urai, perbuatan provokasi akan lebih mudah berlaku.

Beliau juga mencabar Umno supaya menunjukkan bukti jika ada ceramah-ceramah PAS mengandungi unsur-unsur fitnah dan pembohongan.

“Kita bercakap berdasarkan fakta yang benar, kalau ada yang fitnah, Umno tolong jawab. PAS membawa isu-isu kepada rakyat kerana banyak cerita yang mereka tidak tahu.

“Kita tidak buat cerita kosong kerana penceramah PAS tidak diajar bercakap perkara yang tidak betul,” tambahnya. Sumber Biaqpila



Nik Aziz nak debat? Sorry, Prime Minister tak nak layan langsung.

Keadaan TG Nik Aziz Apabila Mengetahui DS Najib Menolak Pelawaan Debat

Apabila DS Najib dengan merendah diri menerima pelawaan DS Haji Hadi Awang untuk berbincang, DS Najib telah ditikam dari belakang dan dihina mengatakan bahawa UMNO dan DS Najib telah merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Haram.

Apabila DS Najib buat tak tahu pelawaan TG Nik Aziz untuk mengadakan debat terbuka, kenapa TG Nik Aziz seperti gila meroyan dan merasa kecewa? Berita penuh dapat dilihat di The Star seperti berikut:

PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat expresed disappointment that Umno had shot down his suggestion for a debate with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak over the PAS-Umno spat. He said his letter on the proposal had yet to be sent to Najib as his political secretary was overseas and would only be back on Wednesday. “I am sorry and sad that Umno did not even consider the matter, but had simply shot it down,” he told reporters during a break in the State Assembly sitting. Nik Abdul Aziz, who is also Kelantan Mentri Besar, was asked to comment on media reports that Umno was not keen on the debate as it would “further confuse the Malays and worsen matters.” To a question, Nik Abdul Aziz said having a debate would have put the PAS-Umno spat in a clearer perspective.

Kenapakah beliau perlukan perdebatan ini. Bukankah beliau boleh mengutuk, menghina dan memaki hamun UMNO dengan mengeluarkan apa sahaja fatwa yang diinginkannya di atas pentas-pentas ceramah Pas.

Untuk apa dia perlu berjumpa dengan DS Najib? Kenapakah beliau hendak berjumpa dengan pengasas Ajaran Ayah Pin dan komunis seperti yang didakwa olehnya. Tidakkah cukup dengan perbincangan dengan sahabat-sahabat syaitannya? Kenapa dia merasa bimbang perdebatan ini tidak akan terjadi?

Kenapakah perkara ini tidak dibawa kepada dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pusat Pas? Adakah sifat diktator TG Nik Aziz menyebabkan perkara debat ini tidak perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pusat. Lihat laporan Mstar di sini. Apa pula kata Tuan Presiden Pas?

"Saya mahu dapatkan penjelasan dulu ... saya kena hubungi (Nik Aziz) dulu." Selepas dibelasah teruk kiri, kanan, depan dan belakang oleh Anwar Berahi, Lim Kit Siang Ikan dan orang-orang partinya, Tuan Presiden sudah tidak berani bersuara lagi! Cucu Tok Selampit

Nizar, Sile Berundur!

PUTRAJAYA: Tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah betul kerana dewan itu baru sahaja berumur setahun, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Raus Sharif. Dalam penghakiman 49 muka surat bertarikh 2 Jun yang dikeluarkan hari ini, Hakim Raus berkata bagi membolehkan dewan itu dibubarkan mengikut Artikel 36 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak seperti yang dimohon oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dewan itu perlu menamatkan tempoh lima penggal apabila satu pilihan raya bakal diadakan.


"Faktanya sudah diketahui umum bahawa pilihan umum baru sahaja diadakan setahun lalu," katanya dalam penghakiman bertarikh 2 Jun yang dikeluarkan Jumaat.

Hakim Raus berkata peruntukan yang dipohon Nizar adalah tidak betul apabila memohon supaya dewan dibubarkan. Dalam penghakimannya, Raus berkata Nizar telah memohon pembubaran itu mengikut Artikel 36, yang adalah peruntukan biasa yang memberi kuasa kepada Sultan untuk memprorog atau membubarkan dewan selepas tempoh lima penggal berakhir. Dalam penghakimannya hari ini, Raus berkata persoalan Perak mempunyai dua menteri besar tidak timbul dan ini kerana Artikel 16 (6) menuntut bahawa sebaik menteri besar itu tahu beliau tidak mendapat keyakinan di kalangan anggota dewan, beliau sepatutnya mengambil langkah yang terhormat dengan meletakkan jawatan.

"Jika menteri besar enggan atau tidak menyerahkan peletakan jawatannya dan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, seperti dalam kes ini, ia tetap kekal bahawa Ahli Majlis Mesyuarat telah dibubarkan (yang termasuk menteri besar) bahawa majoriti angota dewan telah hilang keyakinan terhadap menteri besar itu." katanya.


Oleh itu, Raus berkata oleh itu Sultan tidak perlu untuk menyingkirkan Nizar dan anggota lain majlis mesyuarat kerajaan. Katanya pelantikan Dr Zambry dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan amalan demokrasi.


"Sultan Perak, dalam menjalankan kuasa prerogatifnya mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, adalah bebas untuk melantik menteri besar yang lain menggantikan Nizar," katanya.

Raus berkata Sultan, bagaimanapun, mesti melantik seseorang yang mendapat keyakinan majoriti anggota dewan negeri dan dalam kes ini, tidak syak lagi Dr Zambry mendapat sokongan majoriti daripada 31 daripada 59 anggota dewan. "Keadaan dalam kes ini jelas menunjukkan bahawa pada 5 Feb, Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada anggota dewan negeri. Surat yang menyatakan sokongan 31 anggota dewan kepada Barisan Nasional telah diserahkan kepada Sultan Perak," katanya.


Dalam penghakimannya, Raus berkata Artikel 16 (6) tidak menunjukkan keperluan mandatori bahawa usul undi tidak percaya yang diluluskan oleh dewan terhadap seorang menteri besar sebelum ia gagal menguasai keyakinan daripada majoriti anggota dewan.


"Sebenarnya apabila seorang menteri besar gagal menguasai keyakinan daripada majoriti anggota dewan boleh ditentukan dengan cara lain. Ia tidak perlu semata-mata bagi undi yang dibuat di dalam dewan," katanya.


Sementara itu, Hakim Ahmad Maarop, yang bersidang dalam kes itu bersama Raus, dan Zainun berkata Nizar mesti meletak jawatan sebaik gagal mendapat keyakinan majoriti anggota dewan dan apabila Sultan enggan memenuhi permohonannya untuk membubarkan dewan.


"Keenganannya untuk meletak jawatannya dan anggota Majlis Mesyuarat kerajaan bukanlah satu pelanggaran konvensyen dan tidak demokratik tetapi lebih penting, ia melanggar arahan perlembagaan mandatori di bawah Artikel 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri dan oleh itu tidak berperlembagan.

"Oleh itu, oleh kerana ia tidak dapat menguasai keyakinan majoriti anggota dewan, ianya tersirat bahawa keenganannya untuk meletak jawatan, anggota majlis mesyuarat kerajaan adalah terbubar dan jawatan menteri besar dikosongkan.".


Ahmad berkata beliau juga berpandangan bahawa kuasa Sultan untuk membuang menteri adalah tersirat semasa menteri besar enggan meletak jawatan walaupun ia gagal mendapat keyakinan majoriti dan Sultan menggantung permintaannya untuk membubarkan dewan.


"Dalam penghakiman saya, keadaan yang dihadapi Baginda di Perak adalah satu-satunya keadaan dan baginda dalam keadaan kritikal telah melaksanakan kuasa perlembagaannya mengikut undang-undang tubuh negeri, yang telah dilaksanakan tanpa ragu-ragu, semata-mata untuk kepentingan rakyat negeri Perak," katanya.


Penghakiman Datuk Zainun Ali pula akan dikeluarkan pada Isnin. Pada 22 Mei, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim yang bersidang diketuai Raus membenarkan rayuan yang dibawa oleh pesaing Nizar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan memutuskan bahawa Dr Zambry adalah menteri besar Perak yang sah. Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar permintaan Nizar untuk membuat rayuan pada 9 dan 10 Julai. Mohamad Nizar dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihan raya umum ke-12.


Tidak sampai setahun, mereka kehilangan tiga anggota parti yang mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN). Sultan Azlan Shah kemudian meminta Nizar untuk meletak jawatan dan melantik Dr Zambry selepas mendapati bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan negeri. Berikutan itu, Nizar memohon supaya mahkamah mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar. - Bernama


Penghuni Gua : Dato Nizar sebelum ni sibuk sangat nakkan alasan penghakiman YAA Hakim ini . Yang lain Nizar dah terima. Jadi sekarang dah keluar. Ambil le !


2. Pengakhiranya ! Kalah juga. PG percaya bahawa kes ini akan berpihak kepada YB Dato Zambry. Ini berdasarkan kepada pembacaan PG dari pendapat-pendapat mereka yang pakar dalam bidang ini dan tidak berpihak, memang Zambry berada dikedudukan yang selesa berdasarkan perlembagaab Perak.


3. Teruskan tugas anda Dato Zambry. Keutamaannya ,masyarakat. Pedulikan pengacau dan mereka yang kecewa ini. Jaga kerusi MB dan ADUN pun tak pandai, negeri terlepas ke tangan BN nak salahkan orang.


4. Adakah pemimpin yang bodoh sebegini kita semua hendak benarkan memerintah negara? Itu baru kena taktik dan strategi UMNO/ BN, PR dah tumbang. Jika mereka memrintah negara , sudah tentu senang dimainkan oleh CIA dan agensi perisikan negara lain dengan mudah.


5. Mungkin dengan senang aje dibungkus oleh Singapura. Kalau dilihat dari bukti yang ada, perkara ini tidak menghairankan sangat keran agen Singapura kerap membuat perjumpaan dengan pemimpin PR / PKR atas nama persahabatan. Itu pun dengan senyum kambingnya pemimpin ini rela mengadakan pertemuan dan perbincangan. Bodohnya mereka ini. Patut le yang dikendong berciciran.


6. Jadi, alasan penghakiman dah keluar. Berjuanglah Nizar sebelum terlambat macam Farrah Fawcett dan Micheal Jackson.

Pergi Jahanamlah DAP

Ibrahim: Pergi jalanlah DAP
Muda Mohd Noor Jun 23, 09 10:43am
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan tindakan seorang pemimpin DAP yang mahu pertubuhan itu diharamkan atas alasan perjuangannya menakutkan orang bukan Melayu."Siapa DAP yang mahu Perkasa diharamkan, mereka ingat mereka siapa," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini melalui satu mesej SMS semalam.

"Perkasa tidak pernah melanggar apa jua undang-undang, tidak seperti pertubuhan-pertubuhan lain."Anggota bebas di Dewan Rakyat itu diminta mengulas kenyataan ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan ISA baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam, wakil rakyat DAP itu berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu.Sehubungan itu, Manoharan bertanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa, 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Ibrahim menambah, Perkasa mendukung perlembagaan negara terutama Perkara 153 mengenai hak-hak istimewa orang Melayu."Pergi jalanlah dengan DAP, mereka ini tidak sedar di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak," kata ahli parlimen Pasir Mas.

Dalam pertemuan tersebut, Ibrahim memberitahu media bahawa perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep 1 Malaysia akan tetap memperkasa setiap perkara sama ada tersurat atau tersirat dalam perlembagaanIbrahim juga dilaporkan berkata jaminan oleh perdana menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Konsep itu yang sedang dipromosi Najib juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.

Anwar Peliwat Bangsa & Negara Sendiri

Cerita ini ditujukan KHAS kepada penjilat penjilat fahaman Anwarisme, yang hendak hapuskan DEB, yang menggila mahu meliwat HAK Melayu dengan memberikan “kesamarataan” kepada bangsa Malaysia..!

Begitu juga kepada kaum Melayu yang menganggap diri mereka pendokong, penyokong pembangkang, kisah ini cukup baik untuk direnungi, ingatlah apa bakal terjadi kepada nasib cucu-cicit generasi kita kalaulah fahaman Anwarisme memerintah negara ini…

Kisah ini merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.


Al Kisahnya….
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: …???…. !!!!! ...... kaninei…, niaammaaahhh....!!

Politik Populariti Murahan Parti Pembangkang


bila orang suruhan depa dah kena belasah dengan geng sendiri, boss buat la kenyataan bela orang suruhan depa tu. Alahai Kor Ming, Lu gelabah semacam je. Apa kes? Dah terang - terang Nizar dah melanggar peraturan mesyuarat ketika sesi Dewan Rakyat beberapa hari lepas, buat apa nak bela lagi?

Inilah politik populariti murahan yang dibawa oleh pemimpin politik pembangkang. Tahu nak buat kecoh saja. Ingatkan masa perasmian Dun Perak hari tu sahaja, rupa - rupanya perangai liar dan perak jakun tu dibawa masuk dalam Dewan Rakyat jugak.

Alahai Nizar, apalah nasib badan. Pusing kiri salah, pusing kanan tak kena, bila lah nak habis gila talak hang tu Datuk Nizar! .


Tulisan Pewaris Melayu pada 19 June 2009

Dua Tokoh Pas Bergeser!


Berbeza dengan pilihanraya kecil lain, DUN Manek Urai menyaksikan kelainannya apabila poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan dinaikkan sebagai strategi kempen.

Jentera pilihanraya PAS Kelantan berhasrat menonjolkan poster calon bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar sebagai sebahagian strategi "melokalisasi" kempen tersebut.

Ketiadaan poster Abdul Hadi - yang selalunya dinaikkan bersama Nik Aziz - menimbulkan spekulasi bahawa dua tokoh atasan PAS ini tidak lagi sealiran, khususnya dalam isu kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun PAS Kelantan menafikan tindakan tersebut ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan - yang hangat diperkatakan dan memberi tanggapan dua tokoh itu sedang bergeser.

Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS negeri Nasir Daud berkata strategi "melokalisasi" kempen parti itu kerana Umno akan menggunakan pendekatan "menasionalkan" kempen mereka.

Bagaimanapun poster-poster belum dicetak, tambahnya lagi.

sumber, MalaysiaKini