Rakyat Selangor: MB Khalid MB Bodoh

Angin perubahan bertiup kencang di bumi Selangor. Bumi yang melihat tangisan warganya yang menderita dan menangis di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim dimalukan oleh penduduk Seksyen 23 dengan perkataan 'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ dalam sesi dialog isu pembinaan kuil di Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sedikit pergeseran berlaku apabila isu sensitif mula dibangkitkan oleh peserta dialog dan menimbulkan ketegangan sehingga dialog terpaksa diberhentikan dengan Khalid sekali lagi berjanji untuk menyelesaikan isu berkenaan ala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang senantiasa berjanji untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala dan ditepati beliau dengan lenyapnya Kampung Buah Pala di peta negeri Pulau Pinang.

Nampak semakin teruk Kerajaan Negeri Selangor ni.. aderr harapan nak dimusnahkan.

1 comments:

ikan emas said...

Siannya org Selangor!!...

..tempat jatuh lagi dikenang

Post a Comment