Belina Shop

DEMONSTRASI SOKONG DIRI SENDIRI



Menteri Besar Kelantan, Dato ‘Ustaz” Nik Aziz Nik Mat kelihatan bertambah hari bertambah ghaflah. Tindak tanduknya kelihatan tidak karuan menghadapi tekanan. Kata-katanya menunjukan dirinya tidak stabil emosi.

Kepalsuan Nik Aziz sebagai Tuan Guru begitu menyerlah hingga boleh dianggap jelas. Mulutnya yang celupar kini terlalu kerap berbohong, mengeluarkan kata-kata yang kasar, dan kurang bijak yang tidak mencerminkan budi pekerti seorang mengaku dirinya ulamak dan Tuan Guru.

Dalam banyak isu politik, Nik Aziz sudah kerap kali mengeluarkan pendangan ugama yang menghalalkan caranya berpolitik. Malah hukum hakam pun turut diputarbelit. Pemikiran dan pendirian Nik Aziz nya yang bercampur aduk dengan politik. Dalam isu Ariffahmi dan Haji yang ditaja pula, Nik Aziz kelihatan seolah-olah sudah hilang pertimbangan moral.

Masa sudah sampai dan Nik Aziz sudah menemui penghujung jalan kerjaya politiknya. Kepalsuannya selama ini sudah tidak boleh di sorok-sorok lagi.

Sebelum diteruskan artikel ini, penulis perlu jelaskan kenapa memanggilnya hanya sebagai “Ustaz” dan bukan “Tuan Guru”. Penulis baru difahamkan dari bacaan blog tertentu dan maklumat itu disahkan dengan seorang rakan yang keluarganya mengenali Nik Aziz bahawa gelaran “Tok Guru” itu adalah gelaran yang Nik Aziz beri sendiri pada dirinya.

Nik Aziz dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1990 apabila Barisan Nasional tewas ditangan Angkatan Perpaduan Ummah - pakatan antara PAS dan Semangat 46 – di Kelantan. Sebaik saja dia menjadi MB, satu surat pekeliling dikeluarkan mengarahkan nama rasmi Menteri Besar sebagai Tuan Guru Nik Aziz.

Ini agak anih kepada masyarakat Kelantan semasa itu yang hanya memperakui Nik Aziz yang kerjayanya sebagai guru hanya sebagai Ustaz. Apabila seseorang menggelar dirinya sendiri dan bukan gelaran yang diberi orang ramai sebagai penghormatan, seseorang itu hidup dalam kepalsuan.

Semalam lepas sembahyang Jumaat di Kota Baru telah diadakan satu demonstrasi untuk menunjukan sokongan kepadanya. Demonstrasi ini adalah untuk membalas demonstrasi kumpulan “NGO” yang menuntutnya turun pada awal minggu.

Memang dijangka demonstrasi mereka pasti lebih besar dari demonstrasi “NGO’ yang seramai 1,000 orang. PAS memang diakui profesyenal dan komited dalam hal tunjuk perasaan dan berdemonstrasi. Jumlah mereka jauh lebih banyak dan dianggarkan dalam 3-5,000 orang.

Itu pun Harakah cuba memutarbelit jumlah yang kehadhir dengan mengatakan pulohan ribu. Nampak sangat PAS terdesak dalam hal ini.

Nik Aziz jelas nampak dalam keadaan tertekan hingga tidak berfikir. Dia dilihat turun bersama penunjuk-penunjuk perasaan. Ianya seolah-olah dia tunjuk perasaan untuk sokong dirinya sendiri kekal dijawatan MB. Bukan orang saja yang sokongnya kekal dan dia hanya sambut meneriam sokongan itu.

Baru saja dia habis cuba membetulkan kesilapannya mendoakan sesuatu yang buruk kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib. Kini dia pula mengajak penyokong-penyokong PAS untuk “doa sampai pecah perut” terhadap Najib.

Bertambah anih, Nik Aziz dilaporkan menafikan kenyataan Haji Hadi yang cuba mempertahannya dengan menyalahkan Penasihat sekelilingnya. Ini adalah kenyataan politik yang bertujuan untuk membantu. Tetepi Nik Aziz begitu angkuh hingga tidak mahu dibantu rakan separtinya.

Kalau demikianlah katanya tidak tahu siapa beri nasihat salah dan memperakui dia sendiri membuat keputusan melantik Ariffahmi dan mungkin sekali menerima pelawaan Haji dari kontraktor, maka dia sendir mengaku membuat salahlaku tersebut. Tiada sesiapa boleh guna apa sekali alasan-alasan untuk menyalahlan pihak lain atau membuat perbandingan dengan pihak lain untuk mempertahankannya lagi.

Nik Aziz sudah perlu bertanggungjawab atas tindak tanduk dan pengakuannya. Jika pekerja PMBK, blogger Shieh Azidi boleh dihentikan oleh menantunya Ariffahmi atas alasan tertentu, ianya pasti tidak sama besar dengan kesalahan melakukan korupsi, kronisma dan nepotisma.

Kesalahan ini disebut kerana Nik Aziz dan barisan kepimpinan serta ahli-ahli politik PAS sering melemparkan tuduhan tersebut kepada parti dan kepimpinan UMNO/BN. Mereka sering menuntut pemimpin tertentu UMNO atau BN, yang dituduh tetapi belum disabitkan salah, meletak jawatan.

Kini Nik Aziz sendiri yang mengaku melakukan kesalahan tersebut. Apa justifikasi untuknya “berdemonstrasi menyokong dirinya tidak kekal” dalam jawatan sebagai MB?

Nik Aziz sudah hilang pertimbangan hingga sedia lakukan apa saja demi politik dan mengekalkan kuasa. Professor Dr Mahmood Zuhdi dilaporkan akhbar hari ini mengingatkan jangan letak politik melebihi segala-galanya. Nampaknya itu yang sedang dilakukannya.

Sedar atau tidak, Nik Aziz kelihatan berseorangan mempertahankan dirinya. Suara pemimpin PAS lain agak sunyi atau hanya memberi sokongan acuh tidak acuh. Tiada sesiapa yang lantang mempertahankan Nik Aziz. Kesimpulan dari reaksi ini tidak lain dan tidak bukan menunjukan mereka bersetuju Nik Aziz sudah lakukan kesalahan besar yang memerlukan dirinya meletakkan jawatan.

Nik Aziz masih berdegil dan Ariffahmi belum hau mengosongkan jawatannya hingga Mac tahun hadpaan. Jika dia terus berdegil lagi, hari ini saja sudah ada sekumpulan rakyat Kelantan membuat laporan polis meminta tuduhan yang dibuat terhadap Nik Aziz dalam satu blog itu disiasat. Entah apa lagi akan timbul untuknya.

Perlukah Nik Aziz pada umur yang sudah usang menghadapi proses sedemikian? Mahukan penghujung jalannya berakhirdalam keadaan yang memalukan dirinya dan memadamkan segala jasa yang telah diberikan dalam jawatan?

Nabi ada berkata kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu dan politik dan pentadbiran kerajaan adalah satu bidang yang hukum hakamnya diserahkan kepada budibicara kita sendiri yang memahami selok belok politik untuk menilai baik buruknya.

Walaupun diberi budi bicara, keperibadian dan hukum hakam Islam harus sentiasa cuba dikekalkan. Tidak ada halalkan cara. Bila serban dipakai ke sana kemari, bawalah kepribadiannya bersama.

Penulis yakin masa tidak menyebelahi Nik Aziz. PAS perlu menerima realiti bahwa kepalsuan tidak akan dapat dikekalkan selama-lamanya. Nik Aziz sudah menemui penghujungnya jua.

Nik Aziz Sudah Nyanyuk

Setelah dikecam hebat kerana meminta orang ramai secara umum mendoakan keburukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak jika Perdana Menteri tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat menukar sedikit saranannya itu dengan meminta agar doa itu dibuat secara individu.

"Oleh kerana Perdana Menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa, maka saya minta tidak sebut secara beramai-ramai hanya disebut bersendirian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di kota bharu semalam.

Beliau sebelum ini meminta orang ramai mendoakan agar Najib mengubah fikiran supaya memberikan royalti minyak itu dan jika Perdana Menteri gagal berbuat demikian orang ramai hendaklah mendoakan supaya Najib 'ditimpa kemusnahan'.

Nik Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya Nik Aziz itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman. Berbalah sesama sendiri merupakan sesuatu yang tidak diterima dalam Islam, begitu juga bila kita mengutuk orang lain tanpa asas.

Selagi Nik Aziz kekal sebagai MB Kelantan pelbagai lagi kata-kata buruk dan memalukan akan terus keluar dari mulutnya yang celupar dan akan berakhir dengan kehilangan keyakinan rakyat kepada PAS.

Memang benar ada pihak dalam PAS yang mahu kekalkan Nik Aziz lagi. Mereka merasa itu cara PAS untuk kekalkan kuasa di Kelantan tapi impaknya di luar Kelantan buruk. Ini pula dengan Nik Aziz dilihat sebagai pelindung Anwar dan kumpulan Erdogan yang mana Nik Abduh sendiri tidak setuju dengan bapanya.

Penyokong PAS pun harus sedar bahawa Nik Aziz sudah nyanyuk.

Antara Dakwah & Politik PAS

IDENTIFIKASI kumpulan dakwah dengan aliran pemikiran tertentu menjadi salah satu ciri utama gerakan dakwah di negara kita. Setiap kumpulan dakwah meyakini bahawa uslub dakwahnya lebih awla (utama) dan lebih asalah (tulen) dari jemaah lain. Ketaksuban pemikiran jemaah seperti inilah sering membawa kepada lahirnya pandangan bersifat ekstrem sehingga memperlekehkan jemaah lain. Malah ada yang sanggup mengkafirkan individu atau jemaah lain.

Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perpecahan, persengketaan, benci-membenci, permusuhan dan terungkainya perpaduan di kalangan umat Islam.

Lupakah kita kepada firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu bersengketa maka kamu akan gagal (lemah) dan hilang kehebatan kamu." (al-Anfal:46).

Paling mengelirukan ialah apabila wujud gerakan Islam yang bersifat politik tetapi dalam masa yang sama meletakkan dirinya sebagai organisasi dakwah. Demikianlah Pas yang mendakwa menjalankan kerja dakwah tetapi bergerak dan berdaftar sebagai pertubuhan politik. Gerakan Islam seperti ini melihat 'kuasa politik' sebagai matlamat untuk menegakkan Islam.

Pas mendakwa perjuangannya adalah menentang kezaliman penguasa (kerajaan). Justeru, UMNO yang dilihat sebagai saingan politik dianggap musuh yang perlu dihadapi sebagai satu jihad.

Anggapannya, UMNO adalah jemaah (parti) taghut semata-mata kerana perjuangan UMNO berasaskan nasionalisme. Perjuangan UMNO juga dituduh bersifat sekular.

UMNO sering dikaitkan dengan kekufuran sehingga Mursyidul Am Pas pernah menyatakan perjuangan yang dibawa UMNO tidak melayakkan ahli-ahlinya masuk syurga.

Pas meletakkan dirinya sebagai parti yang memperjuangkan Islam tulen mengikut al-Quran dan Hadis. Kerana pegangan itulah maka Pas pernah mengeluarkan fatwa bahawa haram bekerjasama dan bersekutu dengan parti yang tidak mendukung Islam.

Peliknya, sejak Pilihan Raya Umum ke-12, keadaan sudah terbalik. Pas bukan sahaja bersekutu tetapi mempertahankan DAP sepenuh jiwa dan raga. Mungkin inikah ijtihad baru Pas, atau mungkin juga jihad terbaru yang di bawa Pas?

Hari ini, ramai ahli Pas yang terpukau dengan retorik Lee Guan Eng yang kononnya mahu mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Memang tidak salah mencontohi khalifah Islam yang mulia itu tetapi kepalsuan Guan Eng tersingkap apabila beliau pernah menyatakan bahawa menegakkan negara Islam dan undang-undang hudud bukannya matlamat perjuangan pakatan pembangkang dan ia tiada dalam manifesto pakatan pembangkang.

Kenyataan yang sama juga pernah disebut oleh bapanya, Lim Kit Siang. Ini bermakna Pas bersetuju dengan manifesto tersebut yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai perjuangan pakatan itu. Adakah pentadbiran Umar Abdul Aziz sedemikian sifatnya? Khalifah Umar adalah khalifah yang tinggi kewarakan dan ketakwaan serta sangat ikhlas dan telus dalam melaksanakan hukum dan keadilan sosial Islam.

Pengerusi DAP, Karpal Sighn juga kekal dengan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam. Karpal pernah mencabar Pas supaya melangkah mayatnya dulu jika mahu melaksanakan agenda menegakkan hukum hudud dan negara Islam yang dicita-citakan Pas. Keangkuhan Karpal terbukti lagi apabila pernah dalam perbahasan di Parlimen beliau mengeluarkan ungkapan "Singh is King". Apa yang tersirat dari ungkapan Karpal itu ialah mencabar politik Melayu-Islam.

Perlu diingat bahawa di antara tujuan politik Melayu di negara ini adalah mempertahankan Islam. Sama ada Pas atau UMNO, kedua-duanya mempunyai cita-cita untuk memelihara agama Islam di negara ini. Dalam hal ini UMNO lebih berupaya merealisasikan hasrat itu. Pas tidak pernah mahu mengakui bahawa UMNO adalah parti yang banyak berjasa dalam menegakkan syiar dan pembangunan umat Islam di negara ini. Sesiapa pun boleh membuat penyelidikan tentang fakta ini. Ia adalah hakikat dan Pas tidak mampu menafikannya.

Benarkah kerajaan yang ditentang Pas itu zalim? Bagi penulis, ia adalah persepsi politik Pas semata-mata. Dalam politik hari ini, pendekatan persepsi adalah pendekatan berkesan mempermain dan mempengaruhi emosi dan minda rakyat.

Kekuatan pembangkang ialah bermain dengan persepsi, bukannya fakta. Ia bukanlah satu pendekatan dakwah yang bijak kerana persepsi politik biasanya tidak bersifat benar, apatah lagi kalau ia cuba dikaitkan dengan kedudukan akidah orang lain.

Hari ini Pas lebih banyak berpolitik daripada berdakwah. Oleh kerana terlalu banyak berpolitik banyak perkara aneh muncul dari Pas. Terbaru ialah tindakan Mursyidul Am Pas "berdoa laknat" untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO. Jika benar Pas mengutamakan kerja dakwah maka tidak sepatutnya perkara ini menjadi amalan Pas. Apa yang dilakukan Pas itu boleh mencemarkan imej Islam bahkan boleh menjerumuskan Islam kepada fitnah.

Sebagai sebuah parti yang mendakwa melaksanakan aktiviti amal Islam serta bercita-cita meninggikan kalimah Allah SWT maka Pas sepatutnya kaya dengan prinsip Islami, adab dan akhlak berasaskan wahyu dan sunah.

Dalam konteks ini, berakhlakkah apabila mendoakan perkara-perkara buruk untuk orang lain? Berprinsipkah apabila menolak usaha perpaduan dengan UMNO yang boleh memperkukuhkan lagi kekuatan ummah di negara ini. Bukankah seruan perpaduan ummah itu adalah prinsip asas yang ditekankan Islam?

Berakhlak dan beradabkah Pas apabila membiarkan beberapa pemimpin bukan Islam yang bersekutu dengannya menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik mereka? Pas sepatutnya tahu tentang keutamaan dalam berdakwah yang jauh lebih besar dari berpolitik. Prinsip dakwah Islami mesti diutamakan dan perpaduan ummah sepatutnya dilihat jauh lebih penting dari memburu kuasa.

Penulis pasti Nik Aziz arif tentang perkara ini tetapi kerana terlalu berpolitik, maka Mursyidul Am Pas itu seolah-olah menjadi seorang ulama yang keliru dalam persoalan mengenai "kuasa politik" dan tanggungjawab mengutamakan "prinsip asas Islam". Lantaran politik dendam maka terkeluarlah pelbagai ucapan dan fatwa yang mengelirukan umat sehingga Islam dilihat sebagai ajaran yang 'aneh'.

Pas seharusnya mengutamakan tanggungjawab dakwah, khusus dalam memimpin fikrah, peribadi dan spiritual masyarakat. Ingatlah bahawa keindahan dan kehebatan dakwah itu tidak terbentuk melalui 'doa laknat' dan perpecahan umat. Seorang pendakwah sepatutnya sentiasa berdoa dengan penuh kesabaran melalui doa-doa yang baik untuk sasaran dakwahnya.

Apa yang berlaku hari ini ialah keghairahan berpolitik Pas tidak banyak membantu tanggungjawab asas itu. Malah dalam kebanyakan hal, cara berpolitik Pas banyak menanamkan bibit-bibit kebencian dan 'kekasaran sahsiah' pengikutnya, bukan personaliti yang budiman.

Hari ini terbukti bahawa kebanyakan pemimpin Pas semakin menjadi keliru dengan perjuangan Pas sebenarnya. Oleh kerana itulah wujud pelbagai masalah dalaman Pas yang semakin membelit kepemimpinan parti itu. Sebagai seorang Muslim saya doakan moga Pas kembali kepada 'fitrah dakwah' yang sebenarnya, bukan hanyut dengan 'ngauman politik' yang terlalu bernafsu memburu kuasa.

Ibrahim Ali Kembali Semula Dalam UMNO

Kesetiaan Datok Ibrahim Ali kepada Tun Mahathir memang tidak dapat disangkal lagi. Ini terbukti apabila negarawan ulung negara Tun M yang telah keluar dari UMNO telah mengumumkan secara rasminya menyertai balik parti keramat ini setelah pengunduran Tun Abdullah. Justeru itulah maka Datok Ibrahim Ali pun sedang berkira2 untuk mengikut langkah bekas bosnya untuk sama2 kembali memperkuatkan UMNO.

Walaupun ada suara2 sumbang yang mahukan supaya Ibrahim Ali dipinggirkan, namun bagi penulis ini tidak lebih dari satu cubaan bagi menidakkan gah Ibrahim Ali, kecut dengan kelantangannya.

Katak bukan sebarang katak. Ibrahim Ali pernah tidur sebantal dengan Anwar Aljuburi dan juga parti PAS, dan pengalaman inilah yang diperlukan kerana Ibrahim Ali tahu lubang mana yang boleh dimasuki bagi menjahanamkan kedua2nya.

Kita tahu banyak jasa Ibrahim Ali di Pasir Mas. Masjid, surau, pusat khidmat masyarakat dan sebagainya. Projek mega yang Datok bawa ke Kelantan ialah Jambatan Pasir Mas Salor walaupun pada waktu itu Jambatan Sultan Yahya Petra sudah ada, dan ini telah diperkenankan oleh Al Sultan Kelantan yang mempunyai hubungan yang baik dengan Ibrahim.

Sebagaimana Tun M keluar dari UMNO, pada tahun 2004, Ibrahim hanya merajuk bila tidak dicalonkan. Beliau tidak pernah menganggotai PAS. Oghe Kelantan kata kalu rendam clorox pun jiwa Ibrahim tetap jiwa UMNO.

Senario politik di Kelantan sekarang amat lesu dan kita berharap semoga kehadiran Ibrahim Ali, suasana akan menjadi lebih bermakna demi agama, bangsa dan tanahair dan itulah bayaran yang kita harapkan darinya.

Nizar Pengemis Politik

Nizar cara mu tidak selamanya dapat simpati rakyat. Kamu menang di Parlimen Bukit Gantang kerana simpati rakyat bukit Gantang kerana kamu baru sahaja diturunkan dari jawatan MB.

PRK Bukit Gantang bagaikan diatur untuk mu agar kamu menang mudah. Kemenangan kamu membuatkan kamu alfa dan jadi arogan.

Kemenangan kamu membuatkan kamu jadi ego. Kamu membentak polis, kamu membentak kehakiman, kamu menghina dan menderhaka pada Sultan negeri mu, kamu melanggar undang-undang.

Kemenangan kamu di Bukit Gantang, kamu terus menerus jadi jagoan jalanan. Kamu menjdikan jalanan sebagai tempat tunjuk amarah mu,itu cara kuno Nizar. Kesannya hanya singkat, kemudian kesan itu secara perlahan terakhir dan padam.

Sidang bawah pokok kamu, masih dapat sambutan,namun sidang dun hotel kamu telah hampir pupus daripada sambutan. Atas sebab apa? sambutan berkurang, sebabnya rakyat dah tahu sandiwara dan wayang mu.

Akibat arogan dan nafsu mu,kawan kamu sesama Pas Pun Dr Hassan Ali, boleh mengeluarkan arahan pada Jais Selangor,bahwa kamu tidak dibenarkan berceramah di Selangor,kerana kamu tidak layak dan tiada tauliah.

Sikap arogan kamu membawa padah kepada parti MU, Pas kecundang dengan cara mengibkan di Bagan Pinang. Serangan pribadi golongan kamu kepada Isa Samad membawa keraguan Mu kepada ketentuan Tuhan,kamu mendahului kehendak Tuhan.

Nizar! kamu dan golongan kamu terus menjadi riak kerana kemenangan kamu melalui kerusi-kerusi Kamu yang kamu kosongkan. Kamu mendabik dada,apabila baju asal mu, kamu pakai dan nampak sesuai,maka kamu menunjuk-nunjuk, bahwa tukang jahit memang hebat,kerana mampu menjahit baju yang betul-betul fit pada tubuh mu.

Ingat lah Nizar.. simpati tidak selamanya berpihak pada Kamu!!!

PAS Dahagakan Rasuah Dari Anwar

Istilah yang paling disukai oleh sebahagian besar pemimpin ERDOGAN dalam PAS sekarang ialah, UMNO/BN dan RASUAH. Mengaitkan UMNO dan kemenangan Isa Samad di Bagan Pinang dengan rasuah adalah yang paling mudah untuk mengubati hati yang sedang lara akibat kekalahan besar.

'Seronoknya' tengok puak-puak musang berbulu ayam di dalam PAS yang cuba mempamerkan tentang keluhuran dan kesucian mereka. 'Seronok' juga melihat tingkahlaku mereka yang seakan-akan jijik terhadap rasuah dan keghairahan menyalahkan UMNO/BN di atas kekalahan PAS atau lebih tepat lagi Pakatan Rakyat di Bagan Pinang.

Barangkali Salehuddin dan Mahfuz terlupa bahawa PAS seringkali mendidik para pengikut mereka agar MENCINTAI rasuah. Mursyid mereka sendiri yang menyatakan, 'Kalau orang bagi, kita ambil, kita simpan. Tak cukup kita minta lagi... tapi undi bagi kepada PAS'. Mereka terlupa barangkali, rasuah dan PAS tidak pernah berenggang dan terpisah.

UMNO dan rasuah, bahkan lebih tepat lagi kalau dinyatakan, parti politik dan rasuah, bagaikan isi dan kuku. Sukar dipisahkan kerana rasuah dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk jaminan ke syurga, keredhaan Allah Taala, pembangunan sahsiah, rohaniah, jasmaniah dan sebagainya... Begitu juga PAS, parti yang memperkenalkan diri sebagai HIZBULLAH (parti Allah) itu juga sentiasa hidup dengan rasuah dan gertakan. Kalau UMNO dan politik wang bagaikan bersatu, PAS dan rasuah wang juga tidak lekang. Bukan lagi perkara asing apabila cerita tentang penawaran diri untuk ke jawatan-jawatan penting dalam PAS, juga disusuli dengan rasuah wang dan rasuah syurga. Begitu juga dengan kes-kes rasuah pengundi dengan beras, gula, batik, sejadah dan wang RM50 seperti yang berlaku di Bukit Gantang.

Isa Samad menang di Bagan Pinang dan para KARYAWAN PAS pun berkokok tentang rasuah. Kalau Zulkifli menang gamaknya, apa yang KARYAWAN PAS yang diketuai oleh Salehuddin Ayob akan kata... sedangkan Zulkifli sendiri adalah manusia yang gagal menunjukkan teladan yang baik seperti yang dibuktikan dalam kesnya dengan BANK RAKYAT. Bagaimana pula sokongan seratus peratus golongan ERDOGAN PAS terhadap Anwar Ibrahim yang sudah SOHEH seorang pengamal homoseksual?

Sebelum nak kata, punggung orang lain bercelomes dengan tahik, eloklah kalau para pemimpin PAS memeriksa punggung sendiri... apatah lagi dengan jenama ISLAM pada tubuh PAS itu, seharusnya dijaga dengan sebaik-baiknya berbanding UMNO yang sahih-sahihnya berjenama kebangsaan. Takkan ISLAM sudah kalah dengan KEBANGSAAN atau ISLAM boleh menyaingi KEBANGSAAN untuk membiakkan kemungkaran?

Pakatan Rakyat Selangor "Bercerai Talak 1"


Ada yang tersurat dan tersirat di sebalik perkembangan terbaru perhubungan serta kesepakatan antara pemimpin Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Bibit tidak serasi semakin ketara dalam perhubungan yang baru terjalin 18 bulan itu. PKR menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berasakan dirinya sudah cukup besar dan tidak boleh ditegur.

DAP yang mengisi 13 kerusi DUN pula beranggapan tanpa sokongannya kerajaan PR tidak menjadi realiti. Selaku minoriti dalam kerajaan PR, Pas dengan lapan kerusi DUN pula sentiasa menjana 'isu' supaya kehadirannya dirasakan dan berkesan. PR yang ditubuh tanpa 'hitam putih' menyebabkan komitmen parti komponen sangat longgar dan rapuh.

DAP membelasah Pas dalam isu penjualan arak selain membidas pemimpin Pas tanpa berselindung. Pemimpin tertinggi Pas pula tidak sepatah pun memberi ulasan membela atau membidas isu itu. Cuma akhirnya pemimpin tertinggi PR mengisytiharkan pertelagahan Pas dan DAP di Selangor berhubung isu berkenaan sudah selesai.

Selepas itu timbul pula isu Exco Pas memberi kuasa menahan tanpa waran berkuat kuasa serta-merta akhir Ogos lalu kepada pegawai masjid membabitkan orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah syariah. Akibatnya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 'panas' menerima tekanan daripada pelbagai sudut. Ibarat 'lembu punya susu, sapi dapat nama', Khalid tentu tidak selesa dengan keadaan yang dilaluinya sedangkan isu itu dicetuskan oleh pemimpin Pas.

Kelmarin, Exco Pas yang sama membidas Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan mahu ia dirombak. Pemimpin Pas itu sekali lagi bertelagah dengan seorang pemimpin DAP lain yang mencabar beliau meninggalkan PR jika tidak lagi mampu bekerjasama secara berkumpulan dalam kerajaan campuran itu.

Ternyata, tiada pemimpin tertinggi PR sanggup tampil memberi komen terhadap ketiga-tiga isu ini. Mengandaikan pemimpin Pas, DAP dan PR di Selangor sebagai anak, maka pemimpin tertinggi PR pula bapa yang sengaja membiarkan anak masing-masing bercakaran. Jika andaian itu tidak tepat maka pemimpin tertinggi PR terbukti tidak upaya mengawal gelagat anak-anaknya di Selangor.

Jika andaian itu tohmahan, maka mereka sebenarnya mahu keadaan itu bertambah buruk dan masing-masing dengan mudah membuat alasan untuk menamatkan kesepakatan dalam PR dan berdiri atas kaki masing-masing dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. PR sebenarnya menyapu sampah ke bawah tikar. Kelemahan dan pertelagahan ditutup serta disembunyikan sebaik mungkin.

Bagaimana Pas, DAP dan PKR boleh ada keserasian jika perbezaan ideologi politik masing-masing ibarat langit dan bumi. Kalangan sesama pemimpin Pas di Selangor pun sering berbalah kerana ada pemimpin rasa bertaraf senior tetapi dipinggirkan, manakala yang junior dijulang-julang.

Sudah menjadi resam manusia, rasa tidak puas hati akhirnya terpacul dan isu Selcat membuktikannya. Mungkinkah perbalahan PR di Selangor akan merebak ke Negeri Sembilan dan persoalan ini akan terjawab ketika kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 3 hingga 11 Oktober ini.