Belina Shop

DEMONSTRASI SOKONG DIRI SENDIRI



Menteri Besar Kelantan, Dato ‘Ustaz” Nik Aziz Nik Mat kelihatan bertambah hari bertambah ghaflah. Tindak tanduknya kelihatan tidak karuan menghadapi tekanan. Kata-katanya menunjukan dirinya tidak stabil emosi.

Kepalsuan Nik Aziz sebagai Tuan Guru begitu menyerlah hingga boleh dianggap jelas. Mulutnya yang celupar kini terlalu kerap berbohong, mengeluarkan kata-kata yang kasar, dan kurang bijak yang tidak mencerminkan budi pekerti seorang mengaku dirinya ulamak dan Tuan Guru.

Dalam banyak isu politik, Nik Aziz sudah kerap kali mengeluarkan pendangan ugama yang menghalalkan caranya berpolitik. Malah hukum hakam pun turut diputarbelit. Pemikiran dan pendirian Nik Aziz nya yang bercampur aduk dengan politik. Dalam isu Ariffahmi dan Haji yang ditaja pula, Nik Aziz kelihatan seolah-olah sudah hilang pertimbangan moral.

Masa sudah sampai dan Nik Aziz sudah menemui penghujung jalan kerjaya politiknya. Kepalsuannya selama ini sudah tidak boleh di sorok-sorok lagi.

Sebelum diteruskan artikel ini, penulis perlu jelaskan kenapa memanggilnya hanya sebagai “Ustaz” dan bukan “Tuan Guru”. Penulis baru difahamkan dari bacaan blog tertentu dan maklumat itu disahkan dengan seorang rakan yang keluarganya mengenali Nik Aziz bahawa gelaran “Tok Guru” itu adalah gelaran yang Nik Aziz beri sendiri pada dirinya.

Nik Aziz dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1990 apabila Barisan Nasional tewas ditangan Angkatan Perpaduan Ummah - pakatan antara PAS dan Semangat 46 – di Kelantan. Sebaik saja dia menjadi MB, satu surat pekeliling dikeluarkan mengarahkan nama rasmi Menteri Besar sebagai Tuan Guru Nik Aziz.

Ini agak anih kepada masyarakat Kelantan semasa itu yang hanya memperakui Nik Aziz yang kerjayanya sebagai guru hanya sebagai Ustaz. Apabila seseorang menggelar dirinya sendiri dan bukan gelaran yang diberi orang ramai sebagai penghormatan, seseorang itu hidup dalam kepalsuan.

Semalam lepas sembahyang Jumaat di Kota Baru telah diadakan satu demonstrasi untuk menunjukan sokongan kepadanya. Demonstrasi ini adalah untuk membalas demonstrasi kumpulan “NGO” yang menuntutnya turun pada awal minggu.

Memang dijangka demonstrasi mereka pasti lebih besar dari demonstrasi “NGO’ yang seramai 1,000 orang. PAS memang diakui profesyenal dan komited dalam hal tunjuk perasaan dan berdemonstrasi. Jumlah mereka jauh lebih banyak dan dianggarkan dalam 3-5,000 orang.

Itu pun Harakah cuba memutarbelit jumlah yang kehadhir dengan mengatakan pulohan ribu. Nampak sangat PAS terdesak dalam hal ini.

Nik Aziz jelas nampak dalam keadaan tertekan hingga tidak berfikir. Dia dilihat turun bersama penunjuk-penunjuk perasaan. Ianya seolah-olah dia tunjuk perasaan untuk sokong dirinya sendiri kekal dijawatan MB. Bukan orang saja yang sokongnya kekal dan dia hanya sambut meneriam sokongan itu.

Baru saja dia habis cuba membetulkan kesilapannya mendoakan sesuatu yang buruk kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib. Kini dia pula mengajak penyokong-penyokong PAS untuk “doa sampai pecah perut” terhadap Najib.

Bertambah anih, Nik Aziz dilaporkan menafikan kenyataan Haji Hadi yang cuba mempertahannya dengan menyalahkan Penasihat sekelilingnya. Ini adalah kenyataan politik yang bertujuan untuk membantu. Tetepi Nik Aziz begitu angkuh hingga tidak mahu dibantu rakan separtinya.

Kalau demikianlah katanya tidak tahu siapa beri nasihat salah dan memperakui dia sendiri membuat keputusan melantik Ariffahmi dan mungkin sekali menerima pelawaan Haji dari kontraktor, maka dia sendir mengaku membuat salahlaku tersebut. Tiada sesiapa boleh guna apa sekali alasan-alasan untuk menyalahlan pihak lain atau membuat perbandingan dengan pihak lain untuk mempertahankannya lagi.

Nik Aziz sudah perlu bertanggungjawab atas tindak tanduk dan pengakuannya. Jika pekerja PMBK, blogger Shieh Azidi boleh dihentikan oleh menantunya Ariffahmi atas alasan tertentu, ianya pasti tidak sama besar dengan kesalahan melakukan korupsi, kronisma dan nepotisma.

Kesalahan ini disebut kerana Nik Aziz dan barisan kepimpinan serta ahli-ahli politik PAS sering melemparkan tuduhan tersebut kepada parti dan kepimpinan UMNO/BN. Mereka sering menuntut pemimpin tertentu UMNO atau BN, yang dituduh tetapi belum disabitkan salah, meletak jawatan.

Kini Nik Aziz sendiri yang mengaku melakukan kesalahan tersebut. Apa justifikasi untuknya “berdemonstrasi menyokong dirinya tidak kekal” dalam jawatan sebagai MB?

Nik Aziz sudah hilang pertimbangan hingga sedia lakukan apa saja demi politik dan mengekalkan kuasa. Professor Dr Mahmood Zuhdi dilaporkan akhbar hari ini mengingatkan jangan letak politik melebihi segala-galanya. Nampaknya itu yang sedang dilakukannya.

Sedar atau tidak, Nik Aziz kelihatan berseorangan mempertahankan dirinya. Suara pemimpin PAS lain agak sunyi atau hanya memberi sokongan acuh tidak acuh. Tiada sesiapa yang lantang mempertahankan Nik Aziz. Kesimpulan dari reaksi ini tidak lain dan tidak bukan menunjukan mereka bersetuju Nik Aziz sudah lakukan kesalahan besar yang memerlukan dirinya meletakkan jawatan.

Nik Aziz masih berdegil dan Ariffahmi belum hau mengosongkan jawatannya hingga Mac tahun hadpaan. Jika dia terus berdegil lagi, hari ini saja sudah ada sekumpulan rakyat Kelantan membuat laporan polis meminta tuduhan yang dibuat terhadap Nik Aziz dalam satu blog itu disiasat. Entah apa lagi akan timbul untuknya.

Perlukah Nik Aziz pada umur yang sudah usang menghadapi proses sedemikian? Mahukan penghujung jalannya berakhirdalam keadaan yang memalukan dirinya dan memadamkan segala jasa yang telah diberikan dalam jawatan?

Nabi ada berkata kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu dan politik dan pentadbiran kerajaan adalah satu bidang yang hukum hakamnya diserahkan kepada budibicara kita sendiri yang memahami selok belok politik untuk menilai baik buruknya.

Walaupun diberi budi bicara, keperibadian dan hukum hakam Islam harus sentiasa cuba dikekalkan. Tidak ada halalkan cara. Bila serban dipakai ke sana kemari, bawalah kepribadiannya bersama.

Penulis yakin masa tidak menyebelahi Nik Aziz. PAS perlu menerima realiti bahwa kepalsuan tidak akan dapat dikekalkan selama-lamanya. Nik Aziz sudah menemui penghujungnya jua.

0 comments:

Post a Comment