Belina Shop

Anwar Hina Ulama

1. AnWAR melahirkan rasa terkilan beliau dengan kenyataan Dewan Ulama' PAS yang pertikaikan kehadiran Nizar di majlis nyalaan lilin untuk Teoh Beng Hock. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai mengurangkan sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan pembangkang amnya. Ujar AnWAR lagi pendapat Dewan Ulama' itu tidak tepat serta tidak mengambil kira maslahah umum dan keutamaan Fiqh (Fiqh Awlawiyyat) dalam kaedah Feqah.

2. Menurut AnWAR ulama' PAS ini terbelenggu oleh pemikiran islam konservatif serta ketinggalan menilai pendapat-pendapat ulama' kontemporari terkini. Menurut AnWAR lagi, pendapat-pendapat seperti ini menjumudkan lagi Islam dan mengecilkan skop perbincangan di kalangan orang islam sahaja. Ini tidak bagus untuk perkembangan islam dalam era dunia tanpa sempadan kini.

3. Dalam isu ini, AnWAR menolak pendapat TS Harussani dan Datuk Dr. Mahmud Zuhdi yang tidak membenarkan perkara dari sudut apa pun. Datuk Dr. Haron Din juga menyokong pendapat TS Harussani dan Dr. Mahmud Zuhdi namun saya percaya ini tidak akan dilaporkan dalam Harakah demi menjaga air muka penyokong AnWAR yang mewakili kelompok kecil dalam PAS namun begitu berkuasa.

4. Sering kita lihat tindakan AnWAR kini, jika menyokongnya, semua dikatakan bagus dan adil. Jika sebaliknya, maka akan dicaci dan diherdik oleh AnWAR. Dengan kebolehan menyebut perkataan arab sepatah dua, AnWAR tidak wajar mempertikaikan pendapat ulama' di luar lingkungan politik yang tidak menyokongnya. Saya menyebut begini, kerana kebolehan bertutur dan membaca dalam bahasa Arab amatlah penting untuk kita memahami isu dan mengeluarkan fatwa.

Perkara aqidah ini bukan isu politik yang boleh dihujjahkan menurut kemahuan sendiri. Ia harus diputuskan oleh mereka yang ahli dan mereka wajar dihormati kerana ilmu yang mereka miliki. Pendapat Dewan Ulama' PAS jelas menggesa kita menjauhi perkara yang diragui. Jarang kita dapat melihat PAS begini mengenai ahlinya w/pun kenyataan ini agak lembut. Pendapat ulama' 'non partisan' lebih keras, namun selari dengan pendapat Dewan Ulama' PAS.

Bagi menilai tindakan AnWAR, inikah apa yang dikatakan "Tujuan menhalalkan cara" anjuran Machiavelli itu?

Sekian.

#: Rasa terkilan AnWAR disuarakan kepada pembantu khasnya yang menjaga hal ehwal Parlimen, bekas seorang ahli Parlimen di sebuah negeri di Pantai Timur. Semalam pembantu khasnya berjumpa dengan seorang ahli Parlimen PKR dari Selangor menceritakan luahan hati AnWAR.

Sokong ISA! HAPUSKAN ANWAR KEPARAT!

KUALA LUMPUR 22 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) supaya membatalkan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah akta itu pada 1 Ogos ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika ia dipersetujui, pihaknya akan merayu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) supaya membatalkan demonstrasi menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadual berlangsung pada tarikh dan kawasan yang sama.

Sekiranya tidak diendahkan GMI, Ibrahim menegaskan pihaknya akan turun padang menyertai demonstrasi Pewaris dan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyertainya.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memastikan rancangan GMI itu digagalkan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

"Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main.

"Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada 1 Ogos ini, GMI yang membantah ISA dan Pewaris yang mempertahankan akta itu akan berdemontrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mereka.
Kedua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama ke Istana Negara.

Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, penglibatan Perkasa dalam isu itu bukannya untuk mengeruhkan keadaan sebaliknya kerana mahu melihat demonstrasi dan perarakan itu tidak berlaku demi kestabilan dan keamanan.

Katanya, Perkasa bimbang ia akan mencetuskan keadaan huru-hara memandangkan terdapat pelbagai isu berbangkit seperti kematian pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang kini dieksploitasi pihak tertentu sehingga berbaur perkauman.

Katanya, jika tidak bertembung dengan kumpulan penyokong ISA sekalipun, perhimpunan GMI itu terdedah kepada provokasi oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Saya syak mungkin ada dalang di sebaliknya, ia bukan soal ISA sahaja tapi mereka mungkin ada niat untuk cetuskan sesuatu yang tidak baik bagi mengalihkan perhatian rakyat dalam isu tertentu," katanya.

Ditanya sama ada tindakan pihaknya yang turut berdemonstrasi akan memburukkan keadaan, Ibrahim dengan tegas berkata: "Terpulanglah kalau itu dikehendaki GMI yang mahu himpunkan 40,000 orang.
"Dia kena ingat penduduk Malaysia semuanya ada 26 juta, GMI tak boleh paksa semua orang ikut kehendak dia,'' katanya.

Tiga Parti Pakatan Rakyat Gaduh

KARPAL: ANWAR HARUS BERTAUBAT.

ANWAR: HEY BANGGALI, LU MESTI BERTAUBAT

KARPAL: APA PASAI AKU KENA BERTAUBAT?

ANWAR: MANA LU PUNYA SERBAN LILIT KEPALA? BOLA RAGBI PUN TARAK, BOLA HOKI PUN TARAK.

NIJAR: BETUL LAH KARPAL, AWAK HARUS BERTAUBAT, KENAPA AWAK TARAK PAKAI SERBAN...?

KARPAL: HEY NIJAR CELAKA PUNYA PAS, OVER MY DEAD BODY IF WANT TO SAY LIKE THAT. AWAK TARAK GUNA PUNYA MELAYU, KAMU NIJA I PUT U....AWAK HARUS BERTAUBAT..SAPA SURUH LU BAWAK LILIN?

NIJAR: ALA SINGH, LU APA BISING-BISING, AKU NAK KIPAS NGEH DAN NGA SAJA.

KARPAL: INI MACAM PUNYA ORANG PUN ADA KAH, KAMU NIJAR HARUS BERTAUBAT....

( Yang lain dah tak dengar..sebab depa dah masuk dalam kedai tuak.)

Teoh Meninggal Dunia Sekitar Jam 8.30 Pagi

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Daripada bedah forensik yang dilakukan, didapati Teoh meninggal dunia sekitar pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 16 Julai 2009. Sekiranya pembangkang menuduh SPRM membunuh Teoh, kenapakah mereka menunggu sehingga pagi untuk membunuhnya. Pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi di Shah Alam agak terang untuk melakukan pembunuhan.

Sekiranya pihak SPRM dituduh membunuh Teoh, mereka pastinya akan melakukannya pada malam hari atau sebelum subuh hari berkenaan bagi mengelakkan dari dilihat oleh orang ramai. Siasatan awal polis berkenaan dilaporkan oleh Malaysiakini, di sini. Kita tunggu fakta seterusnya.

Amaran Penduduk Manik Urai Kepada PAS yang sombong etc.

Analisa awal menunjukkan Undi BN pada pilihanraya kecil Manek Urai bertambah sebanyak 919 manakala undi PAS merosot 398 berbanding pilihanraya umum lalu.

DS Shahidan kata pengundi Manek Urai telah memberi amaran awal pada PAS jangan lagi cakap sombong tuduh orang tak Islam. Menang 65 undi adalah memalukan. Ini menandakan empayar Pas boleh runtuh jika terus digegar.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin syukur bila dapati semua peti undi dalam PRK Manek Urai tunjuk peningkatan undi orang muda sokong BN. Antara sebab nya adalah kerana BN mengenegahkan orang muda sebagai calon.

Ketua Wanita Umno DS Shahrizat anggap keputusan Manek Urai petanda BN kembali menangi hati rakyat. BN sebenarnya menang menerusi perjuangan & keikhlasan kempen.

Husam Musa orang kuat Nik Aziz pula mendabik dada tuduh UMNO main wang sebabkan majoriti PAS merosot tapi akan kaji punca kemerosotan prestasi parti itu. Dia tetapkan salahkan orang lain yang menjadikan undi Pas menurun dengan mendadak.

Hasil tulisan Waris

Calar Maruah Kelantan

KUANTAN: Kelu lidah seorang pondan apabila pelanggannya, seorang warga emas pengsan secara tiba-tiba ketika mereka berada dalam bilik sewa sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 78 tahun dari Kubang Buaya ditemui mati di tempat kejadian dengan masih lengkap berpakaian.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang baru tiba di bilik sewa berkenaan berbaring di atas katil sambil memegang dadanya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Terkejut dengan keadaan mangsa, pondan berusia 31 tahun berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu menghubungi rakannya meminta bantuan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis dan ambulans.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, polis tidak mengesyaki kematian mangsa akibat perbuatan jenayah berikutan tiada kesan cedera atau lebam pada badan mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum doktor mengesahkan punca kematian akibat serangan sakit jantung.

“Jenazah mangsa dituntut keluarganya selepas bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber dari berita tempatan.

Tapi yang kelakarnya pondan tu.. hahaha! :p difahamkan oleh rakan wartawan pacik tu hanya menumpang rehat seketika.. kedai pacik tu kat bawah tu gak..